Kanak-kanak, remaja lemas

Utama

hafizee@hmetro.com.my

Teluk Intan: Kanak-kanak dan remaja ditemui lemas manakala seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Bidor berdekatan Batu 6, Kampung Gloster, Jalan Changkat Jong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.06 pagi, mayat Sherrel Kulop,11, dan Norzehan Long Asing, 13, dibawa naik orang awam manakala Sheetel Kulop, 10, masih belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan Zulkafle Abdullah ketika dihubungi berkata, kedua-dua mayat mangsa dibawa naik pada 11.15 pagi dan 11.35 pagi tadi.

Katanya, usaha mencari seorang lagi mangsa sedang dijalankan.

“Operasi pencarian sedang dijalankan menggunakan aset tiga bot bomba dan satu bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dua mangsa yang ditemui sudah dibawa ke Hospital Teluk Intan.

Image: 
Mohd Hafizee Mohd Arop

Teluk Intan: Kanak-kanak dan remaja ditemui lemas manakala seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Bidor berdekatan Batu 6, Kampung Gloster, Jalan Changkat Jong, di sini, hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: