Kami sayangkan 'Brownie'

Utama

mazizul@hmetro.com.my

“SAYA akan pasang jaring pada tingkap nanti tetapi tunggu saya dapat gaji sebab saya banyak tanggungan.”

Demikian kata pemandu bas warga Singapura, Mohamed Zali Ahmad, 37, yang juga bapa kepada lima anak demi memastikan keselamatan kucingnya yang pernah jatuh ke belebas tingkap.

Kejadian berlaku di kediaman Mohamed Zali di tingkat 12, Ang Mo Kio Avenue 3, Singapura, pada 4 Oktober lalu.

Video menyelamat berdurasi 54 saat yang dirakam Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Singapura (SPCA Singapura) itu viral di media sosial sehingga dikongsi media antarabangsa.

Mohamed Zali berkata, tindakan itu dibuat selepas menerima cadangan daripada orang ramai di laman sosial termasuk mengunci tingkap.

“Sehingga ini, saya tutup tingkap walaupun ada orang di rumah. Sebenarnya ketika kejadian, tingkap telah ditutup kerana hujan pada sebelah pagi.

“Pada kira-kira 5 pagi, kucing ada dalam rumah tapi tingkap kecil yang paling atas tak ditutup. Mungkin kucing itu panjat lagi tinggi. Itu yang membolehkan dia keluar dan terjatuh agaknya. Kucing saya ni aktif,” katanya ketika dihubungi di Singapura, malam tadi.

Bagaimanapun, dia terkilan kerana dituduh sengaja menganiaya kucing betina berusia empat bulan yang dinamakan ‘Brownie’ itu.

“Isteri saya hampir mempertaruhkan nyawa dia sendiri untuk selamatkan kucing kesayangan hingga tidak hiraukan keselamatannya sendiri.

“Patut yang memberi komen negatif tanya dulu sebelum membuat andaian apa yang berlaku.

“Kalau kami sengaja nak aniaya kucing tu, tak payahlah kami bayar Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Singapura (SPCA) SGD$50 (RM152) untuk selamatkan kucing tu,” katanya.

Brownie dipelihara Mohamed Zali dan keluarganya selepas kucing itu kematian ibu, sejak pertengahan Jun lalu.

Image: 
Mazizul Dani

mazizul@hmetro.com.my

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: