Kalau dah terdesak agaknya

Mutakhir

am@hmetro.com.my

Georgetown: Dua wanita warga asing dan lelaki tempatan bersembunyi dalam peti sejuk apabila dicekup dalam serbuan di pusat karaoke di Kompleks Midlands, Jalan Burmah, Pulau Tikus, di sini, malam tadi.

Wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu ditemui anggota polis ketika cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.

Dua puluh sembilan wanita warga asing disyaki GRO berusia 20 hingga 30-an ditahan, Dalam operasi 10.30 malam.

Operasi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat Dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Razaruddin Husain berkata, operasi dilakukan hasil intipan dua minggu aktiviti maksiat di pusat karokae itu.

Beliau berkata, ketika pemeriksan dilakukan ada di antara mereka cuba bersembunyi dibawah meja dan peti sejuk.

“Dua puluh warga asing ditemui di pusat karaoke di tingkat lima manakala sembilan lagi cuba bersembunyi di sebuah restoran di tingkat tiga.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Razaruddin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti aktiviti sebenar mereka sama ada terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

Image: 
Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Dua wanita warga asing dan lelaki tempatan bersembunyi dalam peti sejuk apabila dicekup dalam serbuan di pusat karaoke di Kompleks Midlands, Jalan Burmah, Pulau Tikus, di sini, malam tadi.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: