Kabel Lightning Baru Dari Apple Mungkin Membawakan Penyambung USB Yang Boleh Diterbalikkan

Apple sedia menggunakan sokongan penyambung Lightning pada beberapa peranti mereka, dimana pengguna boleh menyambungkannya dalam bentuk kedua-dua arah pada peranti tanpa perlu mengambil-kira kedudukan posisis – seperti pada mikro-USB.

Kabel USB Terbalik

Apa pun, untuk menghubungkan sebahagian lagi yang berasaskan USB, ia masih perlu melalui proses sama, dimana pengguna perlu memastikan penyambungnya adalah tepat dengan bahagian yang dihubungkan. Apa pun, perkara ini dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Perkara ini dilihat dijayakan dengan sedikit perubahan pada bahagian penyambung, dimana ruangan penyambung dikekalkan saiz sekitar saiz sama dengan penyambung USB biasa, tetapi bahagian dalamannya dinipiskan dan kedua-dua bahagian diletakkan dengan pin.

Sebelum ini, badan pemantau USB telah memperkenalkan USB Type-C yang mana membawkan bahagian penyambung yang boleh diterbalikkan kedua-dua arah. Namun, ia mungkin mengambil masa yang sedikit lama, disamping tidak menyokong bahagian penyambung kabel sedia ada.
Mungkin sekiranya benar pihak Apple memperkenalkan sokongan ini, maka mungkin ramai pengguna yang mengemarinya, sekaligus memudahkan lagi pengguna menghubungkan kabel dalam pelbagai keadaan ke komputer atau sebarang peranti lain.

Jadi, apa kata anda berkenaan ini?

Nota: