Jurumudi bot lemas,  penumpang hilang

Mutakhir

hadinata@hmetro.com.my

 

Pelabuhan Klang: Seorang jurumudi bot lemas manakala seorang lagi hilang selepas bot dinaiki terbalik akibat dipukul ombak dalam kejadian di jeti Pelabuhan Klang di sini kira-kira 6.30 petang tadi.

Bagaimanapun, empat penumpang bot itu terselamat dan usaha mencari seorang lagi mangsa akan diteruskan pagi esok.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, kejadian berlaku akibat arus deras selain terkena ombak besar kapal yang melalui kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati empat mangsa terselamat manakala jurumudi bot itu lemas dan seorang lagi penumpang masih hilang.

“Semua penumpang ini memiliki dokumen yang sah,” katanya.

Jurumudi yang maut itu adalah warga tempatan dikenali sebagai Tan Bun Hiang, 47, dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Difahamkan mangsa adalah anak kapal MV LINAU6 yang berlabuh di Pelabuhan Klang.

Image: 
 Fuad Hadinata Yaacob

Pelabuhan Klang: Seorang jurumudi bot lemas manakala seorang lagi hilang selepas bot dinaiki terbalik akibat dipukul ombak dalam kejadian di jeti Pelabuhan Klang di sini kira-kira 6.30 petang tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: