Bertabahlah dompet dan akaun-akaun bank para pembaca sekalian. Jualan musim panas Steam datang lagi dan ia akan membawakan potongan harga yang amat dinantikan pengguna PC. Tarikh jualan Steam tahun ini jatuh pada 23 Jun ini (waktu Malaysia) berdasarkan maklumat yang diberikan oleh PayPal UK.
Tahun demi tahun PayPay akan meniriskan maklumat lebih awal dari pihak Steam. Apakah permainan komputer yang telah lama anda nantikan harganya diberikan potongan? Kami sudah bersedia bagaimana pula dengan anda?