Jualan Android Menurun Di Amerika Syarikat Tetapi Meningkat Di China

Dari ruangan komen kami boleh mengagak pembaca Amanz terdiri daripada pengguna Android dan iOS. Pengguna sistem operasi lain wujud tetapi di dalam golongan minoriti. Hari ini ada sedikit berita berkenaan jualan peranti Android dan iOS di beberapa pasaran dunia selama tiga bulan berakhir pada November 2016. Menurut Kantar World Panel, jualan Android berkurangan di Amerika Syarikat, UK dan Perancis tetapi menunjukkan peningkatan di China.

Di Amerika Syarikat 55.3% peranti yang dijual adalah Android manakala 43.5%  adalah peranti iOS. Android menunjukkan penurunan sebanyak 5.1% dan iOS meningkat 6.4%. Windows Phone terus menunjukkan trend penurunan dengan hanya 0.8% jualan peranti.

Negara Eropah dengan peratusan jualan Android tertinggi ialah Sepanyol dengan 86.5% berbanding 13% peranti iOS terjual. Tetapi ini ialah penurunan sebanyak 0.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Di China pula 79.9% peranti yang dijual adalah Android berbanding iOS dengan 19.9%. iOS menunjukkan penurunan 5.4% jualan.

Jepun ialah negara pengguna tegar iOS dengan 57% jualan dengan Android mencatatkan 42.3%. Sedikit mengecewakan angka untuk Malaysia tidak pula dikongsikan oleh Kantar World Panel.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: