Jolla Ingin Membolehkan Pengguna Android Memasang Sailfish OS?

Jolla pada minggu lepas telah pun memperkenalkan telefon pintar pertama berasaskan Sailfish OS kepada umum. Dan semestinya ramai yang tertanya-tanya apakah langkah seterusnya untuk pengeluar peranti berasaskan platform baru berkenaan.

Melalui sebuah temuramah yang dilakukan, ia dilihat Jolla ingin membolehkan pengguna Android sedia ada untuk memasang platform Sailfish OS pada peranti mereka.

Buat masa ini, informasi dan perancangan berkenaan dengan perkara ini masih tidak dikongsikan sepenuhnya oleh pihak Jolla.

Seperti semua sedia maklum, pemasangan ROM lain pada peranti Android bukanlah sesuatu yang baru. Selain pelbagai ROM berasaskan Android di pasaran, pihak Ubuntu turut menawarkan Ubuntu Touch untuk beberapa peranti Android dalam memudahkan pembangunannya.

Semestinya, sekiranya pihak Jolla menerbitkan Sailfish OS untuk beberapa peranti utama, ramai yang akan ingin mencubanya, sekaligus menyumbang kepada kedudukan pasaran bagi platform Sailfish OS.

Bagi anda, adakah sekiranya Sailfish OS ditawarkan untuk peranti anda, anda akan memasangnya?

Nota: