Joi8 Menggunakan Windows 8.1 Akan Dilancarkan Esok Di Malaysia – Berharga RM499?

Intel Malaysia dan SNS dijadualkan untuk memperkenalkan salah satu tablet baru daripada syarikat tempatan, dinamakan sebagai Joi 8, pada pagi esok. Menariknya, seperti beberapa peranti lain, kini beberapa maklumat berkaitan dengannya telah pun sedia tertiris.

Joi8 Windows

Tablet yang memfokuskan kepada perniagaan dan juga multimedia ini hadir menggunakan cip Intel Atom, memori sebanyak 1GB DDR3, ruangan storan 16GB, dan menggunakan skrin bersaiz 8-inci. Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, dan sokongan slot mini-HDMI untuk memudahkan anda membuat persembahan menggunakannya.

Disamping itu, ia turut dilengkapi dengan sistem operasi khusus Windows 8.1 Bing – yang mana merupakan salah satu sistem operasi daripada Microsoft yang ditawarkan untuk pengeluar dalam hadir dengan peranti pada harga rendah dan menawarkan sistem operasi Windows. Disamping itu, ia turut menyertakan Office 365 Personal untuk pengguna mengakses dokumen dan sebagainya menggunakannya.

Joi8

Kebanyakkan info ini telah sedia hadir pada laman rasmi SNS, dan hari ini, melalui sebuah gambar yang hadir ke arena web, ia dilihat peranti ini akan membawakan harga sekitar RM499 – sekaligus menjadikannya sebagai salah satu tablet berasaskan Windows 8.1 yang berbaloi untuk dimiliki.

Pihak SNS dan Intel Malaysia dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenainya esok, dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya esok.

Nota: