JBPM Selangor terpaksa hantar air

Mutakhir

kalidevi@hmetro.com.my

 

Serdang : Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor terpaksa menghantar bekalan air ke Hospital Serdang bagi kegunaan domestik dan perubatan, sejak jam 2 petang tadi.

Jurucakapnya berkata, pihaknya menggunakan lima jentera tangki air bermuatan 10,000 liter dan 20,000 liter air untuk menghantar bekalan air ke hospital berkenaan yang terputus bekalan air, sejak pagi semalam.

Katanya, lima jentera, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi; Pelabuhan Klang; Serdang; Sungai Buloh dan Selayang itu mula menghantar bekalan air yang dibekalkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) ke hospital itu.

“Lima jentera itu secara bergilir-gilir membuat penghantaran air ke hospital itu bagi memastikan bekalan air untuk kegunaan domestik dan perubatan tidak terputus terus.

“Pada waktu siang, kita menggunakan dua jentera tangki air, dan pada sebelah malam, kita menambah kapasiti kepada lima jentera,” katanya.

Menurutnya, dua jentera berkapasiti 10,000 liter air dan tiga jentera berkapasiti 20,000 liter air akan terus berulang alik menghantar bekalan ke hospital terbabit sehinggalah bekalan air pulih kembali.

Sementara itu, SYABAS dalam satu kenyataan medianya emberitahu loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula buat kali ke-4 bermula jam 10 pagi semalam akibat pencemaran bau.

Image: 
Kalidevi Mogan Kumarappa

Serdang : Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor terpaksa menghantar bekalan air ke Hospital Serdang bagi kegunaan domestik dan perubatan, sejak jam 2 petang tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: