Jawatan Kosong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) – Januari 2016

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan kosong yang telah ditetapkan sebagai :

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN (UNIT PENTADBIRAN)

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) was established under the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999, and is mandated as the National Human Rights Institution, to promote awareness and protection of human rights.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iklan jawatan kosong terbaru di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) ini, sila lihat iklan di bawah.
Tarikh tutup permohonan : 11 Januari 2016
Penempatan : Kuala Lumpur

Syarat kelayakan dan cara untuk memohon :

Taraf Jawatan : Kontrak

Kelayakan : 

i. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

ii. Memiliki lesen memandu Kelas B2 dan D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P);

iii. Berkemahiran untuk memandu, mengendali dan selenggara kenderaan pejabat;

iv. Mahir dengan jalan-jalan di kawasan Lembah Klang dan juga mempunyai keupayaan untuk memandu luar kawasan apabila dikehendaki oleh Suruhanjaya;

v. Mempunyai tahap kesihatan yang baik;

vi. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia, manakala kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan;

vii. Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

viii. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.

Kekosongan jawatan : 1 Jawatan

Tangga gaji : Minimum RM837.00 – Maksimum RM2,619.00 dan elaun  tambahan sebanyak RM575.00 sebulan

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan beserta dokumen maklumat diri (resume) dan salinan sijil-sijil akademik, salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, slip gaji terakhir, surat rujukan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 11 Januari 2016 kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 
Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.

*Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga

Jawatan Kosong Yang Dicari :

Nota: