Pejabat Pengarah Tanah dan Galian mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :
1. Pegawai Tadbir N41
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang asalnya dikenali sebagai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) mengambil alih tanggungjawab sepenuhnya pentadbiran tanah Wilayah Persekutuan pada tahun 1975 apabila Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Ia berkuat kuasa di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) tahun 1973 (Akta A206). Berikutan itu, segala urusan pentadbiran tanah yang dahulunya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. Kanun Tanah Negara telah diubahsuai bagi membolehkannya digunakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong dan memohon secara online, sila klik di sini.
Tarikh tutup permohonan : 31 Januari 2016
Penempatan : Kuala Lumpur