Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ini, sila lihat cara memohon di bawah.
Tarikh tutup permohonan : 20 Januari 2016
Penempatan : Melaka
Cara Untuk Memohon Jawatan Melalui JobsMalaysia
Permohonan jawatan kosong ini perlu dibuat melalui laman jobsmalaysia dan ikuti arahan seperti di bawah:
1. Sila ke laman jobsmalaysia.gov.my
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : MRSM ALOR GAJAH (dan Search)
3. Sila pilih Majikan : MRSM ALOR GAJAH, ALOR GAJAH, MELAKA. SEKTOR: PENDIDIKAN MENENGAH AM (AWAM)
4. Klik pada iklan jawatan & sila mohon secara online.