Jawatan Kosong Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) – April 2016

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :

1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J17

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ini, sila lihat info di bawah.
Tarikh tutup permohonan : 08 April 2016
Penempatan : Negeri Sembilan

Klasifikasi : Perkhidmatan Mahir / Separuh Mahir / Tidak Mahir
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Gred : J17
Jadual Gaji Matriks:
P1T1 RM 933.39 – P1T15 RM 1585.58
P2T1 RM 974.53 – P2T15 RM 1666.65
P3T1 RM 1016.88 – P3T15 RM 1751.35

Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
c) (i). Tamat – Tingkatan 3 sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii). Sekurang-kurangnya mempunyai sijil AO (Sistem Pemasangan Kilang-kilang) yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
dan
d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Cara Memohon:
Calon-calon yang berminat dengan berkelayakan perlu membuat permohonan secara bertulis dengan mengirimkan gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, surat beranak, serta sijil-sijil berkaitan yang telah DISAHKAN BENAR dan dihantar ke alamat berikut:

PENGETUA
MAKTAB RENDAH SAINS MARA SERTING
72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN
NO. TEL : 06-4582010/2013

Nota : Sekiranya tiada jawapan dalam tempoh 3 bulan, permohonan anda dianggap tidak berjaya

KLIK UNTUK JAWATAN KOSONG MRSM YANG LAIN

Nota: