Majlis Daerah Jelebu mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :
1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
Daerah Jelebu mempunyai keluasan 136,751.49 hektar iaitu 20.4% daripada keluasan keseluruhan Negeri Sembilan. Jelebu juga merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas daerah Jempol. Keadaan muka bumi di Jelebu kebanyakannya berbukit bukau terutama dikawasan sebelah utara yang merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa. Kebanyakan kawasan-kawasan di Jelebu masih dilitupi oleh kawasan hutan dengan keluasan 84,556.25 hektar iaitu 61.83% daripada keluasan keseluruhan Jelebu. Jumlah penduduk ialah 40,000 orang. Sumber ekonomi utama ialah pertanian dengan keluasan 30,743.103 iaitu 22.481 hektar.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong di Majlis Daerah Jelebu ini, sila klik di sini dan sila dapatkan borang permohonan secara percuma di sini.
Tarikh tutup permohonan : 31 Disember 2016
Penempatan : Negeri Sembilan
Widget not in any sidebars