Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :
1. PEMBANTU TADBIR PEREKERANIAN OPERASI N19
2. PEGAWAI PERUBATAN UD43
3. PEMANDU KENDERAAN H11
4. PEGAWAI PENERANGAN S41
5. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19
6. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17
7. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN, telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong LPPKN ini, sila klik di sini atau lihat cara membuat permohonan di bawah.
Tarikh tutup permohonan : 12 Mac 2017
Penempatan : Wilayah Persekutuan & Kuala Lumpur
Cara Untuk Memohon Jawatan Melalui JobsMalaysia
Permohonan jawatan kosong ini perlu dibuat melalui laman jobsmalaysia dan ikuti arahan seperti di bawah:
1. Sila ke laman jobsmalaysia.gov.my
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : LPPKN (dan Search)
3. Sila pilih Majikan : LPPKN
LPPKN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, W.P. KUALA LUMPUR. SEKTOR: PERKHIDMATAN PENTADBIRAN KEBAJIKAN
4. Klik pada iklan jawatan & sila mohon secara online.
Widget not in any sidebars