Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :
1. Penolong Pegawai Penyelidik Q27
MARDI was established with the main objectives of generating and promoting new, appropriate and efficient technologies towards the advancement of the food, agriculture, food and agro-based industries.
MARDI is managed and guided by the regulations and policies set by the MARDI Governing Board and consented by the Minister of Agriculture And Agro-Based Industry. In matters pertaining to finance the consensus of the Minister of Finance is also obligatory.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong terkini di MARDI ini dan memohon secara online, sila lihat cara memohon di bawah.
Tarikh tutup permohonan : 13 Jun 2015
Penempatan : Selangor
Deskripsi/ Tugasan:
1. Melaksana operasi pembangunan teknologi peningkatan skala;
2. Melaksana operasi pemindahan/promosi/ pengkomersilan teknologi (TOT);
3. Melaksana operasi pembangunan bisnes;
4. Melaksana operasi projek/ ujikaji penyelidikan/ analisis makmal;
5. Kompilasi,verifikasi dan analisis asas data;
6. Membantu merancang operasi projek/ uji kaji;
7. Membimbing dalam bidang kemahiran dan sebagai sumber rujukan;
8. Melaksana urusan-urusan lain yang ditentukan oleh Institut.
Syarat dan kelayakan :
– Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh lantikan;
– Kepujian subjek Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
– Calon bagi lantikan hendaklah sekurang-kurangnya memiliki kelayakan seperti berikut :
i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains; atau
ii) Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv) Diploma Sains Vaterina/Haiwan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara Memohon :
Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 yang boleh didapati di kaunter pentadbiran MARDI Kota Bharu dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap. Semua permohonan dikehendaki dimasukkan di dalam sampul dan dicatatkan jawatan dipohon di sebelah ATAS KIRI sampul dan dikemukakan ke alamat seperti berikut:
Pengurus
MARDI Kota Bharu
KM10 Jalan Pasir Puteh-Pasir Tumbuh
15710 Kota Bharu, Kelantan.