Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :
1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
3. PEMANDU KENDERAAN H11
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.
Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong MQA ini dan memohon secara online, sila klik di sini.
Tarikh tutup permohonan : 29 Februari 2016
Penempatan : Selangor