Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh – Mayat Magsa Berjaya Dikeluarkan

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

BAYAN LEPAS – Polis Diraja Malaysia semalam berjaya mengeluarkan mayat seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah kereta yang dihempap timbunan konkrit dalam kejadian penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung malam kelmarin.

Mayat mangsa, Tajuddin Zainal Abidin, 45, ditemui pasukan penyelamat dalam kereta yang dihempap batang besi dan konkrit kira-kira pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun, mayat mangsa yang tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas hanya dapat dikeluarkan pada pukul 8.40 malam iaitu selepas 25 jam operasi menyelamat dilakukan.

jambatan pp kedua runtuh 300x224 Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh   Mayat Magsa Berjaya Dikeluarkan

Tajuddin ditemui dalam keadaan telangkup pada papan pemuka (dashboard) kereta jenis Perodua Kelisa akibat penyambung susur jambatan kedua pulau pinang runtuh setelah kerja-kerja menyelamat dilakukan sejak malam kelmarin.

Kereta mangsa remuk teruk akibat dihempap beberapa batang besi dan konkrit seberat kira-kira lebih 200 tan manakala tubuh mangsa dikatakan mengalami kecederaan teruk akibat penyambung susur jambatan kedua pulau pinang runtuh.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana timbunan konkrit penyambung susur jambatan kedua pulau pinang runtuh tersebut agak besar dan berat.

Kosmo!

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Default Locker

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh – Mayat Magsa Berjaya Dikeluarkan
Dr Fuh

Nota: