Jalan Ria 1Murid 1Sukan meriah

Mutakhir

ya_t@hmetro.com.my

Putrajaya: Hampir 17,000 peserta menyertai program Jalan Ria 1Murid 1Sukan anjuran Kementerian Pendidikan sempena Hari Sukan Negara 2016 di Presint 2, di sini, hari ini.

Program itu turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berjalan sejauh 4.5 kilometer (km) bersama murid, pelajar, penuntut Institut Pengajian Tinggi, ibu bapa, warga kementerian dan komuniti setempat.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata, kementerian sentiasa menyokong segala usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam merancang dan melaksanakan pelbagai bentuk aktiviti serta dasar yang membabitkan pembangunan belia dan sukan khususnya pelajar.

“Ia juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang turut memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan supaya pelajar kita setanding dengan negara maju lain di dunia.

“Saya percaya komuniti pendidikan atau warga pelajar yang sihat, cergas dan berdisiplin akan menyumbang kepada prestasi serta peningkatan produktiviti untuk diri dan negara,” katanya ketika berucap pada pelancaran program berkenaan di sini, hari ini.

Selain acara berjalan, pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk pertandingan futsal yang turut membabitkan murid pra sekolah dan zumba.

Turut memeriahkan program atlet kebangsaan negara termasuk atlet olimpik dan paralimpik yang bersaing di Rio baru-baru ini.

 

 

Image: 
Hayati Ibrahim

Putrajaya: Hampir 17,000 peserta menyertai program Jalan Ria 1Murid 1Sukan anjuran Kementerian Pendidikan sempena Hari Sukan Negara 2016 di Presint 2, di sini, hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: