Jailbreak Tanpa Tambatan Untuk iOS 7 Diperkenalkan Oleh Evasi0n

Bagi sesetengah pengguna iOS, mungkin anda sedia menantikan sokongan jailbreak untuk peranti yang menggunakan sistem operasi iOS 7. Hari ini, pihak Evasi0n telah pun memperkenalkannya secara rasmi kepada mereka yang menggunakan iOS 7.

Evasi0n iOS 7

Jailbreak tanpa tambatan (untethered) ini dikatakan selari dengan iPhone, iPod Touch, iPad, dan juga iPad Mini yang menjalankan sistem operasi iOS 7 hingga iOS 7.0.4.

Kebanyakkan pengguna peranti iOS memilih untuk jailbreak peranti masing-masing supaya dapat mengubah-suai pelbagai perkara, disamping menjadikannya lebih mudah untuk digunakan bersesuaian dengan penggunaan harian mereka.

Seperti biasa, perkara ini tidak disokong oleh Apple, dan semuanya dilakukan atas risiko pengguna sendiri.

Nota: