Jaguh pecut dapat tanah

Utama

am@hmetro.com.my

Melaka: Seorang ahli korporat berasal dari Jasin, Datuk Fahri Zaini Aminuddin menghadiahkan sebidang tanah kepada pemegang rekod larian 100 meter negara, Khairul Hafiz Jantan.

Ia bagi menghargai kecemerlangan atlet itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di Sarawak, Julai lalu.

Hadiah berkenaan disampaikan Fahri Zaini kepada bapa Khairul Hafiz, Jantan Ramli di Dewan Alamanda Jasin, di sini, semalam.

Khairul Hafiz, ketika dihubungi menyatakan perasaan gembira dan bersyukur kepada Allah atas penganugerahan berkenaan dan menganggap ia sebagai satu hadiah cukup bermakna.

“Saya gembira dan bersyukur dengan hadiah ini. Saya terkilan kerana tidak dapat bersama pada majlis penyerahan surat tawaran itu kerana sedang mengikuti sesi latihan.

“Bagaimanapun, saya berterima kasih dan amat terhutang budi dengan Fahri Zaini atas sumbangan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Khairul Hafiz menerima beberapa ganjaran berbentuk wang tunai daripada kerajaan Melaka serta Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), susulan kejayaannya melebur rekod 100 meter milik Watson Nyambek pada SUKMA di Sarawak.

Image: 
Image: 
Image: 
Oleh Amir Mamat

Melaka: Seorang ahli korporat berasal dari Jasin, Datuk Fahri Zaini Aminuddin menghadiahkan sebidang tanah kepada pemegang rekod larian 100 meter negara, Khairul Hafiz Jantan.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: