iPhone 6 Kelak Dilaporkan Bakal Menyertakan Sokongan NFC Untuk Pembayaran Mudah-Alih

Apple sedia dikatakan bakal memperkenalkan iPhone generasi baru pada bulan September ini, dan kini mengikut laporan baru, Apple dikatakan mungkin akan mengintegrasikan sokongan teknologi NFC pada peranti berkenaan untuk memudahkan pembayaran mudah-alih.

Desas-desus berkenaan dengan sokongan NFC pada iPhone bukan sesuatu yang baru, dimana ia telah diperkatakan beberapa kali. Namun, sehingga kini pihak Apple masih belum memperkenalkannya.

Beberapa kemungkinan telah hadir akhir-akhir ini, termasuk fokus pihak Apple terhadap pembayaran mudah-alih, selain turut dikatakan telah berbincang dengan beberapa syarikat kad kredit sebelum ini berkenaan perkara ini.

Apa pun, sama ada pihak Apple bakal memperkenalkannya ataupun sebaliknya akan terjawab dalam lebih kurang dua minggu lagi – dimana Apple dijangka akan memperkenalkan dua telefon pintar, selain iWatch pada September ini.

Nota: