iOS 8 Sedia Dimuatturn

Bagi penguna-pengguna iPhone, anda kini boleh memuatturun OS terbaru, iOS 8 mulai sekarang.

iOS 8

Walaupun ia tidak mempunyai pembaharuan drastik dari segi visual, ia mempunyai pelbagai penambahan dari segi aplikasi dan fungsi.

iOS 8

iOS 8 Sedia Dimuatturn

Pengguna-pengguna iPhone kini boleh bergembira kerana Apple telahpun melancarkan kemaskini terbaru OS mudahalihnya, iOS 8 dan pengguna boleh memuatturnunnya mulai sekarang. Untuk memuatturun kemaskini ini, pergi ke Settings > General > Software Update. Sepatutnya kemas kini tersebut menunggu lampu hijau dari anda. Jika ia tidak dapat dikesan, jangan panik, cuba lagi kemudian kerana ia mungkin belum lagi disebarkan ke kawasan anda.

Antara penambahbaikan yang terdapat pada kemaskini tersebut adalah pengenalan aplikasi kesihatan, Passbook yang dipertingkatkan, keyboard yang boleh diperbadikan dan kebolehan untuk menghantar iMessage ke sebuah Mac.

Walaubagaimanapun, dari cakap-cakap di forum dan internet ramai yang mengatakan walaupun Apple mengesahkan iPhone 4S boleh menjalankan OS terbaru itu, pengguna telefon pintar tersebut tidak digalakkan sama sekali menaiktaraf ke iOS 8. Ini kerana OS tersebut terlalu berat untuk dijalakan pada peranti itu.

Tambahan pula, jika pengguna mengemaskini ke OS terbaru itu, tiada cara (halal) untuk mengembalikannya ke versi OS yang sebelumnya, jadi handak atau tidak, pengguna tersekat dengan telefon pintar yang berfungsi perlahan.

Apa pun, pengguna dengan iPhone 5 ke atas, selamat menikmati OS baru anda.

The post iOS 8 Sedia Dimuatturn appeared first on TechKini.com.

Nota: