iOS 8.0.2 Mempunyai Kelemahan Keselamatan

Minggu lepas Apple telah melancarkan kemaskini iOS 8.0.1, tetapi malangnya ia mempunyai masalah yang tidak dijangka kepada pengguna iPhone 6 dan 6 Plus. Sejak itu, syarikat tersebut telah melancarkan kemaskini iOS 8.0.2 pula, namun ia masih mempunyai masalah. Kali ini masalah kelemahan keselamatan pula.

ios-8

iOS 8.0.2 Mempunyai Kelemahan Keselamatan

Seorang pengguna Youtube EverythingApplesPro telah menjumpai satu kelemahan keselamatan dalam kemaskini iOS 8.0.2 yang dilancarkan baru-baru ini. Video itu ditampilkan di bawah. Pergi ke minit 2:00 untuk melihat kelemahan tersebut.

Menggunakan iPhone 6/6 Plus/ 5S yang telah disambungkan kepada pengecas dan di set untuk menerima arahan “Hey Siri”, pengguna itu membuat pertanyaan kepada Siri semasa dalam keadaan skrin dikunci. Apabila ditanya soalan, sebagai contoh “How is the weather going to be like tomorrow?” dan sebelum Siri sempat menjawab, beliau menekan butang home dan swipe ke kiri. Sepatutnya skrin untuk memasukkan passcode akan muncul, namun ia terus memasuki skrin utama, tanpa memerlukan passcode.

Kelemahan ini tidak berlaku setiap kali dicuba, namun jika pengguna cuba beberapa kali ia akan menjadi. Namun ia boleh dilakukan pada iPhone 5S, 6 dan 6 Plus. Walaubagaimanapun, ia boleh dikatakan satu kelemahan keselamatan yang tidak begitu membimbangkan kerana ia memerlukan keadaan yang spesifik (dicas pada soket) bagi membolehkannya dilakukan dan tidak mungkin dapat dilakukan jika pencuri tidak berada berhampiran iPhone pengguna.

Apa pun, diharap Apple akan tampil dengan kemaskini iOS 8.0.3 pula dalam masa terdekat bagi mengelakkan kontroversi “iOS8-gate” pula.

The post iOS 8.0.2 Mempunyai Kelemahan Keselamatan appeared first on TechKini.com.

Nota: