Selepas dalam fasa ujian sebelum ini, hari ini Microsoft secara rasminya telah pun melancarkan pelayar web Internet Explorer 11 untuk para pengguna Windows 7. Pengguna yang pernah memasang Developer Preview dan Release Preview sebelum ini boleh mengemaskini ke versi stabil ini melalui Windows Update.
Melalui kemaskini Internet Explorer untuk Windows 7 ini, ia membawakan kepantasan lebih 9% berbanding IE10 sebelum ini, disamping membawakan pengoptimasian yang menjadikan pelayar web berkenaan lebih selamat dan pantas berbanding sebelumnya.
IE11 juga turut menyertakan teknologi terkini dalam arena HTML5, dan beberapa yang lain.
Bagi pengguna Windows 7, anda boleh memuat-turun pelayar web Internet Explorer 11 hari ini daripada laman rasmi Microsoft, dan menggunakannya dalam pelayaran web anda.