Intel Memperlihatkan “Baju Pintar” – Hadir Dengan Beberapa Sensor Terbina

Selain daripada pelbagai peranti boleh-pakai, hari ini pihak Intel turut hadir dengan sesuatu yang baru, iaitu baju pintar yang hadir dengan beberapa sensor memfokuskan kepada kecergasan dan kesihatan.

Melalui apa yang diperlihatkan pada Code Conference, baju pintar ini akan berfungsi dengan memantau beberapa perkara, seperti kadar denyutan jantung dan sebagainya, selain membolehkan data dihantar kepada telefon pintar melalui Bluetooth ataupun WiFi.

Intel Baju Pintar

Mengikut sasaran pengguna awal, baju pintar ini dilihat menyasarkan mereka yang aktif bersukan, yang mana ingin sering memantau kadar denyutan jantung semasa mereka.

Ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualan baju pintar ini kelak. Intel menyasarkan untuk memasarkan ia kepada umum dalam beberapa bulan lagi.

Nota: