Intel Akan Memfokuskan Peranti Dwi-OS – Android Dan Windows Pada CES 2014?

Intel boleh dikatakan memainkan peranan yang agak penting dalam dunia perkomputeran. Mengikut laporan terbaru, pengeluar cip pemprosesan terkemuka tersebut dikatakan akan membawakan komputer dengan sokongan dwi-OS pada acara CES 2014 minggu hadapan.

Peranti dengan dwi-OS ini bukan sesuatu yang baru. Pihak Asus pernah memperkenalkan Asus Transformer AIO yang menyertakan dwi-OS iaitu Android dan juga Windows 8. Pihak Samsung turut sama pernah membuat perkara sama dengan ATIV Q.

Intel sendiri boleh dikatakan memfokuskan kepada sokongan Android akhir-akhir ini, disamping turut mengoptimasikan cip pemprosesan mereka untuk Windows dan juga penggunaan komputer berkuasa tinggi.

Walaubagaimanapun, untuk tujuan ini, Google dan Microsoft dilihat tidak memberikan sokongan penuh untuknya. Untuk Microsoft, mereka sedia mempunyai kerjasama yang rapat dengan pelbagai pengeluar peranti, sementara Google pula mengawal perkhidmatan Google Play hanya untuk peranti yang disahkan oleh mereka sahaja.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh pihak Intel pada CES 2014 pada minggu hadapan yang mana akan memberikan impak kepada dunia perkomputeran disamping pada masa yang sama memudahkan pengguna.

Nota: