Instapan – Mengubah Gambar Panorama Anda Kepada Bentuk Video Untuk Instagram

InstapanSalah satu masalah pada Instagram adalah dimana pengguna tidak boleh berkongsi gambar panorama mereka dengan baik. Ia sering perlu dikecilkan (crop), ataupun berkongsi ia dalam bentuk gambar yang amat kecil sehingga ia tidak tampak dengan begitu jelas.

Untuk mengatasi perkara ini, salah satu aplikasi baru yang hadir adalah Instapan.

Instapan mengubah rakaman gambar panorama pengguna ke dalam bentuk video yang mana ditatal ke arah kanan dengan cantik dan selari.

Pengguna turut boleh memilih kelajuan untuk sesuatu video dan memilih titik permulaan dan tamat. Sebaik sahaja selesai membuat video tersebut, pengguna boleh menyimpan ia pada galeri, dan seterusnya berkongsi ia di Instagram.

Buat masa ini, aplikasi Instapan ini hanya ditawarkan untuk iPhone sahaja, dan ia turut hadir dengan sokongan pembelian-dalam-aplikasi untuk membuang logo Instapan.

Nota: