Instagram Untuk Windows Phone Hadir Dalam Bentuk Beta

110570a5-8a63-47fd-ab99-b18b68e2cfa9Instagram boleh dikatakan salah satu aplikasi yang mempunyai permintaan tertinggi oleh para pengguna Windows Phone. Setelah sekian lama, hari ini aplikasi Instagram untuk platform Windows Phone hadir dalam bentuk beta secara rasmi.

Melalui versi beta yang diperkenalkan, ia membolehkan pengguna memuat-naik gambar ke komuniti Instagram selain didatangkan dengan fungsi asas Instagram seperti kebolehan like, komen, dan melihat profile pengguna. Walau bagaimanapun, kebolehan seperti penggunaan kamera di dalam aplikasi, sokongan memuat-naik video, dan fungsi tagging tidak diperkenalkan buat masa ini.

Dengan pengenalan aplikasi Instagram untuk Windows Phone, pengguna kini dapat berkongsi gambar pada peranti Windows Phone mereka melalui cara rasmi dan tidak lagi perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti sebelum ini.

Bagi para pengguna yang ingin memuat-turun aplikasi Instagram versi beta ini, ia ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows Phone 8 melalui saluran Windows Phone Store.

Nota: