Instagram Kini Membolehkan Anda Menyusun Gambar Kegemaran Mengikut Koleksi Tersendiri

Instagram sedia menawarkan fungsi untuk menyimpan sesuatu gambar yang dikongsikan pengguna lain pada tab khusus dinamakan Saved Post. Melaluinya, pengguna boleh menyimpan sebarang perkongsian pengguna lain untuk rujukan persendirian pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, ia tidak boleh disusun mengikut koleksi atau kategori – membuatkan gambar yang disimpan sukar untuk dirujuk pengguna. Kini, Instagram memudahkan proses berkenaan dengan memperkenalkan kebolehan membuat koleksi pada gambar yang disimpan – membolehkan anda membuat kategori atau pembahagian untuk gambar yang disimpan bagi tujuan rujukan pada masa akan datang.

Fungsi baru ini hadir pada Instagram melalui kemaskini aplikasi mereka untuk Android dan iOS yang terkini.

Mungkinkah selepas persaingan dengan Snapchat, kini pembangun Instagram turut sedang melihat untuk bersaing dengan Pinterest melalui pengenalan fungsi baru ini?

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: