Instagram Kini Membolehkan Anda Menyembunyikan Gambar Dari Profil

Instagram pada minggu ini dilihat telah menambah sebuah ciri baru pada aplikasi mudah-alih mereka, iaitu kebolehan untuk mengarkib gambar. Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih sebarang gambar, dan seterusnya pada pilihan menu, memilih untuk mengarkibnya.

Dengan pilihan mengarkib sesuatu gambar, gambar tersebut akan disembunyikan daripada tontonan umum, dan hanya boleh diakses oleh anda sahaja. Fungsi ini mungkin sangat berguna kepada pengguna aktif Instagram, dimana anda tidak lagi perlu memadam gambar-gambar lama yang tidak disukai – sebaliknya boleh menyimpan ia untuk tatapan anda pada masa akan datang.

Fungsi ini sedang diperkenalkan secara berperingkat dan diaktifkan mengikut akaun. Melalui percubaan kami, beberapa akaun kami telah menerima fungsi ini, dan ada yang belum lagi – walaupun menggunakan fail aplikasi yang sama.

Instagram Arkib

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: