Inilah Pusat Pemulihan Bagi Penagih Internet Di China

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Inilah Pusat Pemulihan Bagi Penagih Internet Di China | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian. Internet merupakan medium yang sangat terkenal untuk manusia mencari informasi, berhubung antara satu sama lain, medium hiburan dan banyak lagi. Namun, ketagihan melampau terhadap internet boleh merosakkan seseorang. Di China, bagi membendung gejala ketagihan internet, terdapat satu pusat pemulihan bagi penagih Internet.

Di Kebanyakan negara ketagihan dadah memaksa kerajaan membuka pusat pemulihan bagi memastikan penagih boleh menjadi manusia yang boleh pakai. Di China masalah dadah ada tetapi yang lebih merisaukan mak bapak ialah masalah ketagihan internet. Ketagihan internet mengikut pendapat China ialah seseorang yang menghabiskan sekurang-kurangnya 6 jam berterusan di hadapan komputer melayari internet. Kebanyakkan “penagih” mempunyai masalah ketagihan permainan online sehingga kehabisan wang.

ketagih internet 4 Inilah Pusat Pemulihan Bagi Penagih Internet Di China

Masalah ini semakin kronik kerana banyak kes mak bapak dibelasah setelah enggan memberikan wang kepada anak untuk membeli rare item ataupun menghalang mereka mengakses komputer. Di dalam negara di mana setiap keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak, masalah anak mengalami ketagihan internet dianggap serius. Kadas pelajar yang tidak habis pengajian juga semakin meningkat kerana dibuang kolej kerana gagal. Asyik sangat bermain permainan online.

ketagih internet 2 Inilah Pusat Pemulihan Bagi Penagih Internet Di China

Kem rehab internet yang menyerupai kem tentera semakin popular di China. Kem sebegini mula muncul sejak 2009. Kem ini memastikan pelatih tidak mempunyai akses kepada telefon dan komputer selama 3 bulan. Pelatih yang hardcore dibelasah dan ada yang diberi terapi renjatan elektrik bagi memulihkan ketagihan.

ketagih internet 1 Inilah Pusat Pemulihan Bagi Penagih Internet Di China

Bagi ibu bapa kekejaman kem ini adalah perlu bagi memastikan anak mereka tidak akan membesar menjadi kutu internet yang ketagihan seumur hidup. Kos juga bukan murah kerana ibu bapa perlu membayar sehingga RM9970 untuk menanggung kos rawatan. Ini ialah jumlah yang besar bagi sebuah keluarga di China. – SUmber

Adakah anda boleh dikategorikan sebagai penagih internet? Dr Fuh? Errrrrrr….

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Inilah Pusat Pemulihan Bagi Penagih Internet Di China
Dr Fuh

Nota: