dherba

Ini tiga sebab utama orang suka like dan share pos atau artikel anda

Tidak semestinya panjang berjela atau “gempak giler” sesuatu pos atau artikel anda di blog atau laman sosial untuk merangsang orang lain like atau share kepada kawan-kawan mereka.

Jika mengandungi beberapa elemen berikut, ia sudah cukup untuk membuat orang lain tergerak dan teransang untuk klik butang like dan share post atau artikel berkenaan.

Apakah elemen berkenaan?

1. Tampak hebat, berilmu atau bijak

Pos atau artikel yang membuatkan seseorang akan dilihat sebagai hebat, berilmu atau bijak adalah antara elemen yang mampu merangsang dengan cepat untuk seseorang like dan share post berkenaan kepada kenalan mereka.

Menurut Penulis ‘Contagious: Why Things Catch On, Jonah Berger, “sebelum seseorang berkongsi apa juga kandungan, mereka menilai dari sudut mata sosialnya. Apa juga kandungan yang boleh menampakkan mereka kelihatan hebat dan bagus, kemungkinan besar mereka akan berkongsi (pos atau artikel berkenaan) dengan orang lain.’

2. Dapat bantu orang lain

Jangan harap pos atau artikel anda yang sekadar “racauan peribadi” atau sekadar luahan emosi sendiri akan mudah mendorong orang lain untuk like atau berkongsi dengan rakan-rakan mereka.

Sebaliknya, jika pos atau artikel berkenaan boleh membantu orang ramai keluar dari masalah mereka, termasuklah masalah kesihatan, kewangan, keluarga dan kerjaya, nescaya pos atau artikel terbabit akan dengan mudah menerima like dan dikongsi oleh pembaca kepada rakan mereka.

3. Dapat jalinkan perhubungan

Atas sifat manusia sebagai makhluk sosial yang sentiasa mahu berinteraksi dengan kumpulan mereka, apa juga bahan dan alat yang boleh menghubungkan mereka di antara satu sama lain tentulah akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Baca juga:  Facebook Mungkin Menambah Fungsi “Baca-Kemudian” Pada Perkhidmatan Mereka?

Pos atau artikel yang dapat menyambung di antara satu sama lain mestilah mempunyai sifat mampu membantu orang berhubung dengan kawan dan keluarga mereka.

Daripada semua elemen itu, satu perkara yang patut kita manfaatkan ialah sifat semulajadi manusia yang secara naluri semulajadi, tetapi tidak nampak ialah sentiasa mahu membantu orang lain.

Justeru, setiap artikel di blog atau media sosial mestilah mempunyai unsur yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca untuk berasa mahu like dan share dengan orang lain semata-mata untuk menampakkan mereka menolong dan memberi manfaat terhadap orang lain. – inimajalah.com

Imej: icadenza.com