Ini rahsia mengapa yang anda kerjakan sering tidak menjadi

Anda mungkin seorang daripada ramai orang yang menghadapi masalah lazim ini, iaitu kebanyakan daripada apa yang anda buat, tidak menjadi dan tidak berhasil.

Hasilnya tidak seperti yang anda harapkan. Mengapa?

Ada banyak sebab. Satu daripadanya kerana anda tidak fokus. Anda mahu menyelesaikan dan mahu berjaya dalam banyak perkara.

Sesetengahnya melampaui batas kemampuan fizikal, mental dan masa yang anda ada.

Mari kita ikuti satu nasihat berguna ini. In sha Allah, ia menyebabkan apa yang anda usahakan akan lebih berhasil dan menjadi.

1. Fokus, fokus dan fokus!

Sekurang-kurangnya untuk beberapa hari ini, hanya pilih dan fokus kepada satu perkara sahaja. Tumpu dan buat betul-betul.

Jangan berkecamuk dan bercampur aduk dengan banyak perkara lain.

Pusatkan perhatian anda, masa anda, fikiran anda dan tenaga anda untuk yang ini sahaja dahulu. Buat dan fokus betul-betul. Berdoalah.

Lihat hasilnya. In sha Allah, ia “awesome”.

Mari kita lanjutksan sedikit lagi perincian mengenai ini.

2. Mesti spesifik

Jangan biarkan fokus anda tidak jelas dan bersifat umum. Pastikan ia spesifik dan jelas.

Lebih baik jika ia ditulis dan ditentukan apa langkah-langkah serta jadual yang patut anda ambil dalam tempoh segera ini.

Kemudian, gerakkan setiap kudrat. Dan, bermotivasilah untuk mengerjakannya. Jangan hangat-hangat tahi ayam.

Kerjakan sehingga pada tahap 100 peratus daripada segala kemampuan, masa dan kewangan yang anda ada.

3. Tetapkan jangka waktu

Jangan sekadar mahu sesuatu itu berjaya dilaksanakan, tetapi tetapkan juga “bila” anda mahu ia terlaksana, berlaku dan berhasil.

Sasaran masa ini juga perlu spesifik. Anda tidak boleh melakukan sesuatu tanpa menetapkan sasaran masa untuk mencapainya.

Jika anda melakukan tanpa menetapkan sasaran masa, anda akan melakukan sesuatu tanpa fokus dan mungkin kurang gerak kerja.

Lupakan kebiasaan lama melakukan sesuatu tanpa ada sasaran masa untuk mencapainya.

Apa yang penting ialah pilih hanya satu perkara untuk dikerjakan, sekurang-kurang buat masa ini.

Dan, kerjakan sebaik mungkin untuk yang satu ini.

Dengan mengubah semua kelaziman lalu, tidak mustahil apa yang anda buat akan lebih menjadi dan berhasil. – inimajalah.com

Nota: