Ini pesanan mereka [METROTV]

Utama

mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas kapal Zaytouna-Olive dan ahli misi Women’s Boat to Gaza (WBG) sah ditahan tentera Israel, Freedom Flotilla Coalition (FFC) menyiarkan video semua ahli misi itu bagi mendapatkan bantuan dan sokongan dunia.

Video berkenaan dirakam lebih awal ketika delegasi WBG berada di pelabuhan ketiga di Messina, Itali sebelum belayar ke Gaza, Palestin minggu lalu.

Ia sebahagian daripada persediaan FFC sekiranya 13 wanita yang berada di atas kapal berkenaan ditahan Israel sebagai usaha menggesa pihak berkaitan mengambil tindakan ke atas penahanan mereka.

Penahanan mereka dijangka lebih awal ketika media Israel melaporkan tentera Israel akan menggagalkan misi berkenaan dan menunda kapal itu ke pelabuhan Ashdod.

Dalam rakaman video itu, rakyat Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan meminta kerajaan Malaysia, pemimpin dunia dan pencinta keamanan melakukan semampu yang boleh bagi menyelamatkan mereka dari penahanan tidak sah dilakukan Israel.

Perkembangan terkini di https://wbg.freedomflotilla.org/

Image: 
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Selepas kapal Zaytouna-Olive dan ahli misi Women’s Boat to Gaza (WBG) sah ditahan tentera Israel, Freedom Flotilla Coalition (FFC) menyiarkan video semua ahli misi itu bagi mendapatkan bantuan dan sokongan dunia.

Ini pesanan mereka

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: