`Ini permintaan ayah'

Utama

sudirman@hmetro.com.my

HAMPIR lima ratus tetamu menyerikan majlis resepsi pasangan pelakon Nazim Othman, 32, dan Bella Dally, 25, di hotel ternama, di Johor Bahru, malam tadi.

Majlis bertemakan `Tradisional Kontemporari’ ini dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua mempelai.

Nazim berkata, dia mempunyai alasan tersendiri memilih majlis resepsi di Johor Bahru dan tidak di Kuala Lumpur.

“Memandangkan kebanyakan keluarga saya berada di sini, jadi saya memutuskan untuk mengadakan majlis di sini. Tambahan pula ia permintaan ayah saya.

“Bagi saya, ia lebih mudah dan tidak menyusahkan banyak pihak. Sementara untuk rakan di Kuala Lumpur, saya menjemput mereka datang. Cuma saya tidak memaksa untuk hadir kerana memahami jarak yang jauh,” katanya.

Pada majlis itu, Nazim dan Bella mengenakan busana indah berwarna merah hati rekaan pereka ternama, Rizman Ruzaini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa disusuli persembahan tarian zapin.

Majlis diteruskan dengan upacara merenjis yang disempurnakan kedua-dua keluarga mempelai.

Antara rakan artis yang hadir ialah Fasha Sandha, Daler Yusof, Sasqia Dahuri dan penerbit Global Station, Adila serta Alia.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Dayang Nurfaizah yang menyanyikan lagu Pujaan Hati.

Image: 
Sudirman Mohd Tahir

HAMPIR lima ratus tetamu menyerikan majlis resepsi pasangan pelakon Nazim Othman, 32, dan Bella Dally, 25, di hotel ternama, di Johor Bahru, malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: