dherba

Ini doa Nabi untuk mereka yang bangun awal pagi. Rugi jika tak tahu…

Ada rahsia besar dalam bab bangun pagi! Setiap kita patut tahu dan patut amalkan ini. Ia baik untuk kesihatan, kewangan dan kebahagiaan. Ini juga sebahagian daripada ilmu rezeki.Mari kita lanjutkan.Nabi saw menyebut di dalam hadisnya bermaksud,
Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu paginya.” (Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Rugi jika tak tahu

Ada petikan lain menyebut sebagai “Ya Allah, berkatilah umatku yang bangun pagi”.

Dan, banyak lagi hadis baginda mengenai kelebihan bangun pagi. Justeru, jangan remehkan hal bangun pagi.

Usahakanlah agar dapat bangun seawal mungkin. Lebih baik jika dapat selalu bangun jam 4 pagi.

Hadis lain mengenai hal ini ialah yang bermaksud, “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (al-Baihaqi).

Dalam hadis lain riwayat at-Tabarani bermaksud, “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”

Paling rugi jika tidak tahu bahawa waktu yang dimaksudkan “Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada solat fajar (Subuh).” (Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW yang melihat anak perempuannya Siti Fatimah masih tidur ketika masuk waktu Subuh, dengan penuh kasih sayang sambil menggoyangkan kaki anaknya itu sambil berkata:
 
“Wahai anakku, bangunlah! Ketahuilah! Allah swt menentukan pembahagian rezeki kepada para hambaNya adalah pada waktu Subuh”.

Mereka ini juga memanfaatkan waktu Subuh

Mereka ini tidak beriman kepada Allah, tetapi turut memanfaatkan waktu awal pagi atau Subuh.Antaranya, Presiden Starbucks Michelle Gaas sentiasa setkan jam locengnya tepat jam 4.30 pagi untuk bangun dan berjogging.

Baca juga:  Khasiat Berwuduk Sebelum Tidur

Gretchen Ruben, penulis popular “The Happiness Project” mengamalkan bangun jam 6 pagi dan bekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun tidur.

Penulis terkemuka bidang pengurusan masa, Laura Vanderkam yang menulis buku ““What The Most Successful People Do Before Breakfast” turut menekankan kelebihan bangun awal pagi serta bagaimana memanfaatkan waktu pagi secara lebih cekap.

Kebaikan bangun awal pagi dari sudut kesihatan

Selain keberkatan hidup dan kemurahan rezeki, tabiat bangun awal pagi turut mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, termasuklah:

  1. Melancarkan perjalanan darah
  2. Mengurangkan risiko terkena darah tinggi
  3. Mengurangkan stres
  4. Meningkatkan kesihatan dan kesuburan
  5. Meningkatkan sel darah putih
  6. Melembut dan menghaluskan kulit.

Justeru, jika anda belum mengamalkan kebiasaan bangun awal pagi, sebaik-baiknya jam 4 pagi, mulakanlah sekarang!

Mulakan dengan tabiat tidur awal. – inimajalah