“Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu paginya.” (Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Rugi jika tak tahu
Ada petikan lain menyebut sebagai “Ya Allah, berkatilah umatku yang bangun pagi”.
Dan, banyak lagi hadis baginda mengenai kelebihan bangun pagi. Justeru, jangan remehkan hal bangun pagi.
Usahakanlah agar dapat bangun seawal mungkin. Lebih baik jika dapat selalu bangun jam 4 pagi.
Hadis lain mengenai hal ini ialah yang bermaksud, “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (al-Baihaqi).
Dalam hadis lain riwayat at-Tabarani bermaksud, “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”
Paling rugi jika tidak tahu bahawa waktu yang dimaksudkan “Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada solat fajar (Subuh).” (Bukhari dan Muslim)
Mereka ini juga memanfaatkan waktu Subuh
Gretchen Ruben, penulis popular “The Happiness Project” mengamalkan bangun jam 6 pagi dan bekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun tidur.
Penulis terkemuka bidang pengurusan masa, Laura Vanderkam yang menulis buku ““What The Most Successful People Do Before Breakfast” turut menekankan kelebihan bangun awal pagi serta bagaimana memanfaatkan waktu pagi secara lebih cekap.
Kebaikan bangun awal pagi dari sudut kesihatan
Selain keberkatan hidup dan kemurahan rezeki, tabiat bangun awal pagi turut mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, termasuklah:
- Melancarkan perjalanan darah
- Mengurangkan risiko terkena darah tinggi
- Mengurangkan stres
- Meningkatkan kesihatan dan kesuburan
- Meningkatkan sel darah putih
- Melembut dan menghaluskan kulit.
Justeru, jika anda belum mengamalkan kebiasaan bangun awal pagi, sebaik-baiknya jam 4 pagi, mulakanlah sekarang!
Mulakan dengan tabiat tidur awal. – inimajalah