Imej Pengolokan Samsung Galaxy Note 8 Dan S-Pen Beresolusi Tinggi Tertiris Sepenuhnya

Tinggal 22 hari lagi sebelum Samsung Galaxy Note 8 akan dilancarkan secara rasmi. Phablet dengan stylus terbina ini amat dinantikan mereka yang kecewa dengan penarikan semula jualan Note 7 tahun lalu. Hari ini sebuah lagi imej pengolokan Note 8 tertiris. Berbeza dengan beberapa imej sebelum ini, sumber imej tertiris kali ini adalah dari @evleaks dan beresolusi tinggi.

Beliau adalah sumber imej tertiris yang amat boleh dipercayai. Imej di atas mengesahkan Note 8 mempunyai tubuh lebih berkotak berbanding S8. Skrin Infinity Display sedikit lebih besar 6.3″ berbanding 6.2″ yang ditemui pada Galaxy S8+. Apakah pendapat anda mengenai rekaan Note 8 ini?

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: