Ignore No More : Aplikasi Mengunci Telefon Anak Anda Apabila Mereka Enggan Menjawab Telefon

Telefon pintar kini sudah menjadi keperluan kebanyakan kanak – kanak bandar. Ianya simbol status mereka dan pada Hari Raya yang baru sahaja disambut kami melihat anak sekecil  empat tahun mempunyai telefon pintar mereka sendiri. Apabila mereka meningkat remaja mereka juga akan memerlukan telefon pintar dan kerana mereka remaja mereka mempunyai banyak alasan kreatif apabila tidak menjawab panggilan ibu bapa. Kehabisan bateri, tak perasan kerana telefon disenyapkan dan telefon tertinggal ialah tiga alasan yang kerap digunakan untuk mengelak menjawab panggilan kedua orang tua.

Ignore-No-More3

Aplikasi Ignore No More ialah aplikasi yang direka khas untuk ibu bapa bagi menghukum anak – anak yang enggan menjawab panggilan ibu bapa mereka. Telefon ibu bapa dan anak perlu memuat turun aplikasi ini untuk ianya berfungsi. Apabila panggilan ibu bapa tidak dijawab mereka mempunyai kemampuan mengunci telefon pintar anak mereka. Selepas dikunci telefon pintar si anak hanya boleh menelefon beberapa nombor yang ditetapkan terlebih dahulu dan nombor panggilan kecemasan. Peranti hanya boleh dinyahkunci dengan menaip kata laluan yang ditetapkan oleh ibu bapa. Bagaimana sekiranya si anak membuang sahaja aplikasi ni dari telefon pintar mereka? Ignore No More memerlukan alamat emel dan kata laluan khas sebelum ianya dapat dibuang. Sekiranya kedua – dua maklumat ini gagal diberikan, peranti akan dikunci secara automatik dan emel dihantar kepada ibu bapa untuk memberitahu terdapat percubaan membuangnya oleh si anak.

Aplikasi ini nampak keji dan pastinya tidak disukai oleh anak – anak. Tetapi kami percaya ibu bapa mempunyai hak mengawal pergerakan anak – anak mereka. Dunia sekarang tidak lagi selamat untuk membiarkan anak – anak keluar tanpa pengawasan. Mungkin sekarang mereka merungut kebebasan mereka dihadkan tetapi kami yakin apabila sudah dewasa mereka akan menyedari apa yang dilakukan ibu bapa adalah atas dasar sayang dan peduli.

Ignore No More buat masa ini hanya boleh dimuat turun pada peranti Android.

Ignore-No-More2

Muat-turun : Ignore No More

 

 

 

 

Nota: