IFA 2014 : Galaxy Note Edge – Phablet Daripada Samsung Dengan Skrin Pada Bahagian Tepi

Samsung bersama-sama dengan pengenalan Galaxy Note 4, turut sama telah memperlihatkan inovasi baru daripada mereka, iaitu Galaxy Note Edge. Samsung Galaxy Note Edge membawakan spesifikasi yang lebih kurang menyerupai Galaxy Note 4, dan perkara yang membuatkannya berbeza adalah penggunaan skrin pada bahagian tepi peranti.

Samsung Galaxy Note Edge

Samsung Galaxy Note Edge
Pemproses2.7Ghz Empat-Teras
RAM3 GB
Muatan Dalaman32 GB
Kamera Utama16 MP OIS
Kamera Depan3.7 MP
Skrin5.6″ qHD
Bateri3000 mAh

Untuk menjayakan perkara ini, pihak Samsung telah membuat perubahan pada sistem operasi TouchWiz berasaskan Android mereka, dimana ia menyertakan sokongan menu, ikon, dan widget pada bahagian tepi peranti. Samsung memanggil antaramuka khusus pada bahagian tepi ini sebagai Revolver UX.

Melalui bahagian tepi tersebut, pengguna boleh melihat topik terhangat daripada Twitter, melihat berita daripada Yahoo!, dan beberapa perkara lain. Aplikasi juga turut dioptimasikan untuk mengambil dan menggunakan kelebihannya.

Sebagai contoh, apabila anda membuka aplikasi kamera, ia memperlihatkan butang rakaman dan menu pada bahagian tepi melengkung, sebaliknya bahagian lain hanya memaparkan gambar yang akan dirakamkan.

Samsung Galaxy Note Edge

Perkara ini sekaligus membuatkan cara penggunaan peranti dan cara pengguna berinteraksi berbeza dengan penggunaan biasa.

Disamping itu, apabila pengguna tidak menggunakan peranti, ia boleh digunakan sebagai jam, dimana segala skrin akan dipadamkan, dan hanya pada bahagian tepi ia memperlihatkan jam dan tarikh. Pengguna juga boleh menatal pada bahagian tepi peranti berkenaan untuk mengakses widget, melihat notifikasi dan sebagainya.

Samsung turut menekankan yang mana menggunakan Galaxy Note Edge ini, ia membolehkan pengguna untuk menikmati kandungan dan media dengan skrin lebih meluas – dan pelbagai notifikasi hanya dipaparkan pada bahagian tepi peranti sahaja.

Pada IFA 2014 sendiri, boleh dikatakan Samsung Galaxy Note Edge ini merupakan salah satu tarikan dan perkara yang diperkatakan ramai. Apa pun, ia agak mendukacitakan kerana peranti ini hanya akan dipasarkan di beberapa negara sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan dipasarkan di Malaysia ataupun tidak buat masa ini.

Nota: