Hushme – Topeng Seakan Darth Vader Yang Menghalang Perbualan Telefon Didengari Orang Lain

Anda di pejabat dan kemudian telefon berdering. Dari hujung anak mata anda boleh melihat panggilan dilakukan oleh kekasih. Kebanyakan pengguna akan pergi ke luar pejabat untuk menjawab telefon. Ini ialah bagi mengelakkan perbualan didengari oleh rakan sebelah meja. Dengan Hushme anda tidak perlu lagi keluar untuk menjawab panggilan. Ia topeng yang membolehkan perbualan dilakukan tanpa didengari.

Peranti ini dipakai menutupi bahagian mulut untuk digunakan. Perbualan yang dilakukan akan terperangkap di dalam ruang dalaman Hushme. Fon telinga terbina digunakan bagi mendengari perbualan dari pihak kedua. Aplikasi Hushme untuk peranti pintar pula membolehkan suara pemakai diubah menjadi seperti robot, tupai, monyet, Darth Vader dan Minion sekiranya perlu. Harga jualan topeng privasi perbualan ini ialah sekitar $300 (!RM 1350) sebuah.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: