Humble Sierra Bundle Membawakan Permainan Klasik Popular

Sierra merupakan salah satu penerbit permainan yang popular suatu ketika dahulu, dan mempunyai pelbagai permainan menarik dibawah mereka. Baru-baru ini, mereka telah menghadirkan pelbagai permainan klasik mereka ke Steam. Selain daripada Steam, bagi pengguna yang ingin mendapatkannya pada harga lebih rendah, boleh mendapatkannya melalui Humble Sierra Bundle.

Seperti ramai sedia maklum, melalui Humble Bundle, ia membolehkan pengguna menetapkan harga yang anda ingin bayar untuk sejumlah permainan, dan mendapatkannya. Pada sumbangan paling minima, $1, pengguna boleh mendapatkan koleksi Space Quest, Phantasmagoria, Police Quest dan juga Shiftlings.

Disamping sumbangan minima, pengguna turut boleh memilih beberapa pilihan lain yang turut memberikan permainan lain – termasuk king’s Quest.

Bagi anda yang mengemari permainan klasik dan ingin memainkannya semula pada komputer anda, boleh layari laman Humble Sierra Bundle dan mendapatkan permainan yang digemari anda hari ini

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: