Humble Bundle Baru Hadir Dengan Pelbagai Permainan Daripada Square Enix

Humble Bundle sering hadir dengan koleksi permainan menarik pada harga yang amat rendah. Terkini, bermula hari ini mereka mula menawarkan koleksi permainan baru, dengan kerjasama pihak Square Enix.

Dinamakan sebagai Square Enix Humble Bundle, beberapa permainan menarik ditawarkan – dimana selain mendapatkannya, pengguna turut boleh memilih untuk menyumbang sebahagian daripada wang pembelian mereka kepada badan kebajikan.

Humble Bundle Squre Enix

Melalui Humble Square Enix Bundle, pengguna boleh mendapatkan permainan Hitman : Codename 47, Hitman 2 : Silent Assassin, Mini Ninjas, Diakatan, Thief Gold, dan juga Anachronox pada sebarang harga.

Namun, sekiranya anda menyumbangkan dana pada harga purata, anda akan mendapat beberapa permainan tambahan termasuk antaranya adalah Deus Ex : The Fall dan juga Deus Ex : Invisible War.

Pihak Humble Bundle turut menetapkan satu lagi tahap sumbangan, dimana sesiapa yang menyumbang lebih $14.99, anda turut akan menerima beberapa permainan lain termasuk Lara Croft and the Guardian of Light dan juga Deus Ex : Game of the Year Edition.

Bagi anda yang inginkan permainan video tambahan bersempena musim cuti menjelang tiba ini, dan ingin menambah koleksi permainan di Steam, mungkin boleh menyemak halaman Humble Square Enix Bundle hari ini.

Layari : Humble Bundle

Nota: