Huawei Turut Menyertai Arena Komputer Riba – Melancarkan Tiga Model MateBook

Microsoft bukan satu-satunya syarikat yang memperlihatkan komputer riba Windows terkini mereka. Huawei bertindak dengan lebih agresif dan melancarkan tiga model baru komputer riba di baru iaitu MateBook X, MateBook D dan MateBook E.

Kita mulakan dengan Huawei MateBook X yang merupakan komputer riba kompak dengan saiz lebih kecil dari kertas A4. Komputer riba ini mempunyai skrin 13″ 2K dengan bezel nipis 4.4 mm. Menurut Huawei, MateBook X ialah komputer riba 13″ yang paling kecil di dunia. Tidak cukup dengan itu ia juga amat nipis dengan ketebalan maksimum 12.5 mm dan berat 1.05 Kilogram.

Dari segi spesifikasi ia diperkasakan dengan pemproses Intel Core i7-7500U/ i5-7200U Kaby Lake, memori 4/8 GB RAM dan storan 256/512 GB SSD. Tidak seperti Surface Pro, kedua-dua model MateBook X tidak menggunakan sistem kipas untuk menyejukkan komponen dalaman. Sebaliknya sistem penyejukan Micro-encapsulated Phaes Change Material digunakan. Teknologi ini diambil dari sistem penyejukan yang digunakan oleh industri aeroangkasa.

Sistem Dolby Atmos disertakan bagi kemampuan audio yang tinggi. Ketahanan bateri pula ialah sehingga 10 jam. Akhir sekali hanya dua port USB-C disertakan tetapi penyesuai MateDock 2 dihasilkan dengan sambungan HDMI, VGA, USB-A dan USB-C tambahan.

Huawei MateBook D pula dilengkapi 15.6″ HD penuh, pemproses Intel Core i7-7200U /i5-7200U, memori sehingga 16 GB RAM dan storan 1 TB. Terdapat kad grafik Nvidia GeForce 940 MX dengan 2GB VRAM yang membolehkan MateBook D memainkan permainan video. Ia setebal 16.9 mm dengan berat 1.9 Kilogram. Port yang disertakan ialah HDMI, USB-A dan bicu audio. Seperti MateBook X, terdapat sokongan untuk Dolby Atmos.

Model terakhir yang dilancarkan ialah Huawei MateBook E yang merupakan kemaskini kepada MateBook tahun lalu. Ia hanya setebal 6.8 mm dan sebesar 640 gram. Skrin 12″ kini dipertingkatkan dengan resolusi 2K (2160 x 1440 pixel) dan diperkasakan pemproses Intel Core i5. Turut dipertingkatkan ialah papan kekunci folio yang kini membenarkan MateBook E dibaringkan sehingga 160 darjah. Dari segi ketahanan pula ia mampu digunakan sehingga 9 jam dengan sekali caj.

Sedang dikemaskini

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: