Huawei Telah Menjual Lebih 100,000 Huawei P9 Hanya Di Malaysia

Huawei agak agresif dalam pemasaran produk mereka sejak setahun dua ini, apatah lagi dengan penawaran produk dengan rekaan yang lebih baik dan elegan. Pada tahun ini, mereka telah berjaya mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan telefon pintar Huawei P9 yang turut hadir dengan lensa kamera belakang berjenama Leica.

Terkini, berkongsi mengenainya, Huawei Malaysia mengatakan mereka telah menjual lebih 100,000 Huawei P9 di Malaysia – yang mana merupakan salah satu angka yang besar untuk sesuatu versi telefon pintar.

Huawei P9 hadir dengan cip pemprosesan terkini Huawei, iaitu Kirin 950, dijana dengan memori sehingga 3GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang berkembar 12-megapixel, dan bateri berkapasiti 3000mAh. Peranti ini menjalankan Android 6.0 Nougat dan antaramuka EMUI padanya. Pada harga RM2099, ia boleh dikatakan antara flagship berharga rendah di pasaran hari ini.

Dengan angka jualan mencapai enam angka ini, tidak mustahil kita melihat Huawei meneruskan fokus mereka untuk penawaran peranti terkini Huawei di Malaysia. Baru-baru ini, mereka telah turut menawarkan Huawei P9 berwarna merah jambu emas di Malaysia.

Baca : Ulasan Huawei P9

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: