Huawei P9 Berwarna Merah Jambu Emas Kini Di Malaysia Dengan 4GB RAM Dan 64GB Storan

Huawei Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi variasi pilihan warna untuk Huawei P9 – iaitu dalam warna merah jambu emas. Selain daripada perbezaan warna, peranti ini juga turut membawakan sedikit perbezaan dari segi spesifikasi.

Huawei P9 sebelum ini telah mencuri perhatian ramai dengan penggunaan dwi-kamera belakang yang dikuasakan oleh penjenamaan Leica. Peranti ini juga turut menawarkan beberapa kelebihan lain, termasuk ketahanan bateri yang lama dan juga pengimbas cap jari yang pantas.

Model berwarna merah jambu emas ini pula menawarkan ruangan storan tambahan berbanding model sebelum ini, iaitu 64GB, selain dilengkapi memori 4GB RAM (berbanding hanya 3GB RAM pada model biasa). Dengan penambahan ini, Huawei P9 Rose Gold ini dijual pada harga RM2399.

Huawei mengatakan hanya 999 unit sahaja yang ditawarkan di Malaysia, dan untuk promosi terhad, pengguna turut akan menerima Huawei P9 Gift Box bernilai RM259 bersama-sama pembeliann peranti ini.

Baca : Ulasan Huawei P9

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: