Huawei Menerbitkan Video Teaser Untuk Peranti Ascend Baru

Dengan CES 2014 yang akan diadakan pada minggu hadapan, pihak Huawei tidak ingin ketinggalan, dan dilihat bakal memperkenalkan peranti mudah-alih baru mereka pada acara berkenaan.

Apakah peranti baru berkenaan masih tidak diketahui lagi. Daripada video teaser yang diterbitkan di laman YouTube mereka, Huawei memperlihatkan peranti yang lebih pantas dengan saiz skrin lebih luas.

Beberapa desas-desus sebelum ini memperlihatkan Huawei akan hadir dengan phablet versi baru, iaitu Ascend Mate 2. Tetapi, pada masa yang sama juga ia dikatakan mungkin kemaskini untuk keluarga Ascend P6 sebelum ini.

Jadi, apakah mungkin diumumkan oleh pihak Huawei pada CES 2014 minggu hadapan?

Nota: