Huawei Memperkenalkan Ascend Mate 2 – Mengekalkan Saiz Skrin 6.1-inci

Dengan hadirnya ZTE ke CES 2014, semestinya pihak Huawei dari negara sama tidak ingin ketinggalan. Selepas memperlihatkan sebuah video teaser sebelum ini, kini pihak Huawei telah secara rasminya memperkenalkan Huawei Ascend Mate 2 mereka kepada umum.

Huawei Ascend Mate 2

Huawei Ascend Mate 2

Huawei Ascend Mate 2 mengekalkan skrin bersaiz 6.1-inci, tetapi hadir dengan beberapa kemaskini lain termasuk sokongan LTE, dan juga cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz (dengan pilihan cip dari Qualcomm atau dari Huawei HiSilicon Cortex-A9). Beberapa spesifikasi lain termasuk bateri berkapasiti 4050mAh, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB (dengan mikro-SD), kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel.

Huawei Ascend Mate 2 memfokuskan kepada masa penggunaan yang lebih lama, disamping menawarkan kelajuan sambungan rangkaian yang pantas. Kini, ia turut menjalankan Android 4.3 dan juga menggunakan antaramuka Huawei Emotion UI 2.0.

Harga untuk peranti ini masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar maklumat lanjut berkenaan tawaran phablet ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Nota: